Feb 17, 2011

Sunnah dan Kesihatan Dari Sudut Sains

   Sempena maulidur rasul , banyak program telah diadakan .Salah satunya adalah ceramah yang bertemakan  "كلوا مما في الارض حللا طيبا"  . Ceramah ini tentang sunnah Rasulullah S.A.W yang berkait rapat dengan kesihatan . Sunnah Rasulullah  telah terbukti keberkesanannya untuk kesihatan dari sudut sains.


    Punca utama penyakit zaman sekarang adalah PEMAKANAN . Tabiat dan cara pemakanan kita punca kita mendapat penyakit kerana pengambilan gula , lemak daging yang berlebihan . Diet yang tidak seimbang juga salah satu dari faktornya . Kurang bersenam juga menjadi faktor utama banyak orang muda sekarang mendapat penyakit jantung , kencing manis dan darah tinggi .

   Rasulullah adalah contoh dan tauladan yang terbaik untuk umatnya . Bahkan dari segi pemakanan dan kesihatan juga baginda telah mengajar umat-umatnya . Tidak perlu tengok jauh , hanya contohi cara pemakanan Rasulullah sahaja kita dapat menjauhi pelbagai penyakit zaman sekarang ini.

"Mencegah Lebih Baik daripada Merawat"
  • Rasulullah S.A.W sangat menitikberatkan makanan yang seimbang dan tidak makan terlalu kenyang .
"Orang Mukmin makan untuk satu perut,sedang org 
kafir
 makan untuk tujuh perut".

(H.R Bukhari Muslim yg bersumberkan dari Ibnu Umar-Shahih)

   Seseorang mukmin yang makan terlalu kenyang akan menyebabkan dia malas untuk beribadah . Dia juga akan mudah mengantuk dan tercungap-cungap . Hal ini kerana oksigen akan tertumpu pada bahagian perut dan menyebabkan oksigen dibahagian lain terutama di bahagian otak menjadi kurang .

   Orang yang  obesiti dalam solat pun bermasalah jugak . Contohnya semasa solat , nak berdiri lama atau duduk semasa tahiyat akhir pun sukar . Jika hendak solat hajat , selepas memberi salam dan membaca ayat-ayat semasa sujud tidak dapat bertahan lama kerana dikhuatiri pening atau pitam.

"Tidak ada satu wadah pun yg diisi oleh Bani Adam,Lebih buruk daripada perutnya,cukuplah baginya beberapa suap,untuk memperkukuhkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari,baiklah sepertiga makanannya,sepertiga lagi untuk minumannya sepertiganya untuk nafasnya."
(HQR Tarmidzi,Ibnu Maja dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya yg bersumber dari Miqdam bin Ma`di Kasib)


  • Makan makanan yang halal , baik dan berkhasiat .
   Rasulullah SAW suka minum susu kambing yang segar , madu , zaitun , tin , tamar dan habbatus sauda' . Rasulullah dan para sahabat sangat menitikberatkan pemilihan makanan . Perkara ini dapat dibuktikan apabila sahabat Rasulullah menolak makanan yang syubhat . Hal ini kerana makanan yang haram akan menjadi darah daging kita apabila masuk ke dalam perut dan akan dikeluarkan melalui akhlaknya . 

  • Rasulullah SAW tidak bersandar ketika makan .

“Nabi s.a.w. tidak pernah dilihat makan dalam keadaan bersandar.” 

( Hadis Riwayat Nasaie’ dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin )

  • Rasulullah tidak minum ketika berdiri .
"Sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri".
[muslim]

   Di antara sebab di larang minum berdiri ialah , menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan , lebih selamat dan lebih puas  dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang . Adapun minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut . Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam . Begitu juga dengan makanan .
  • Rasulullah tidak bernafas ketika minum .


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Apabila salah seorang kalian minum, maka janganlah ia bernafas dalam bejana. Jika ia ingin kembali minum maka hendaklah ia jauhkan bejana itu kemudian jika ia mahu barulah kembali meminumnya,”
 (Hasan, HR Ibnu Majah )

   Daripada hasil penemuan sains , apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum , maka kita mengeluarkan C02 (Carbon Dioxide) yang mana apabila bercampur dengan air (H20) ia akan menjadi H2C03 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan .

  • Duduk makan secara sunnah .
Kaki kanan ditegakkan sambil lutut tekap di dada , dan duduk diatas kaki kiri . 

"Adalah baginda Nabi s.a.w apabila duduk untuk makan baginda akan duduk diatas kirinya dan menegakkan kanannya (betis) kemudian baginda bersabda “Sesungguhnya saya adalah hamba,saya duduk seperti seorang hamba duduk, dan saya akan lakukan seperti seorang hamba lakukan.”
[Ibn Dohhak meriwayatkan didalam Syamail dari hadis Anas]

Duduk makan secara sunnah
   
 Apabila kaki kanan ditegakkan dan ditekapkan di perut , perut kita akan kempis dan kawasan di bahagian dalam perut akan mengecil . Hal ini menyebabkan kita akan mudah rasa kenyang 

  • Rasulullah selalu mengamalkan pengambilan air masak pada waktu pagi sebelum bersiwak .
   Pengambilan air masak pada waktu pagi dapat memudahkan penghadaman makanan dan dapat mengelak daripada penyakit sembelit . Bukan itu sahaja , selain daripada menggalakkan pembuangan bahan perkumuhan ia juga dapat memberi tenaga di permulaan hari dan boleh mengdetoxkan badan daripada toksik .


PENJAGAAN MULUT DAN GIGI

   Kawasan di dalam mulut juga sangat penting . Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan . Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah SAW adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesihatan gigi. …

  • Siwak yang diamalkan Rasulullah mujarab untuk gigi berbanding ubat-ubat gigi kerana kelebihan kayu siwak itu sendiri sama seperti kita menggunakan berus gigi dengan menggunakan ubat gigi . Malah lebih daripada itu kerana kayu siwak mengandungi bahan-bahan anti-bacteria dan mempunyai pewangi yang dapat menghilangkan bau busuk .

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat”
 (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

  • Rasulullah juga sentiasa berkumur-kumur terutama selepas minum air susu kambing kerana susu kambing mempunyai lemak . Berkumur-kumur dapat membersihkan mulut kerana cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi .

  • Rasulullah juga sering membersihkan lidah dan gusi . Hal ini kerana apabila kita membersihkan lidah , ia dapat mengurangkan plak dan bakteria dalam mulut .

PENAMBAHAN

  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa) . Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin . Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud . Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah . Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan .
  • Rasulullah juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut . Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit . Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-) . Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita .
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari . Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari , iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur . (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

4 comments:

Nur Rawiyah said...

insyaAllah saya akan baca post nie kemudian..skrg bz skit..nti igt2kn la yee kwn..:)

nor syifa' :) said...

syukran dhabitah..
fakta yang perlu diketahui oleh kita semua.kadang2 kita terlepas pandang.
cume 1 je, kite kene rajin membaca.hehe.bila bahan dah ade, mlaz nak bce,masalah jugak kan..=)

nor syifa' :) said...

kita dapat lihat kebijaksanaan baginda dalam semua aspek :)

JaLAN cAhAyA said...

syafiah:btoL3..Rasulullah sbnarnye dah ajar banyak prkara,cuma kita tak nmpak fadhilat2nya...lpasni kita blh mgamalkan sunnahnya..=)
Amalkan sunnah kerana cinta ALLAH dan sayang Rasulullah,bukan kerana fadhilatnya.!