Feb 28, 2011

ISLAMOPHOBIA. Salah Kita Atau Mereka Yang Kurang Faham?


   Alhamdulillah . Baru-baru ini saya telah berpeluang mengutip ilmu dalam persidangan tahunan mahasiswa Malaysia , PERTAMA yang dilakukan di Universiti Al al-Bayt , Mafraq , Jordan yang bertemakan "ke arah memahami fiqh interaksi bersama NON Muslim" . Sedikit pengenalan tentang PERTAMA , sila klik di sini.

"Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali ilmu kepadanya."

   FOBIA adalah sejenis penyakit ketakutan luar biasa , secara terus menerus kepada sesuatu yg tidak realistik . 

   Manakala Perkataan ISLAM berasal daripada bahasa arab iaitu

Salam : AMAN , TENANG , SEJAHTERA .
Islama : MENYEMBAH @ MENYERAH DIRI SECARA RELA .
Salima : SUCI , SOHIH .


   Perkara ini menujukkan dua kombinasi yg berbeza . "Perasaan takut yang luar biasa pada kesejahteraan" Luar biasa kan ? Kalau nak diikutkan hukum alam takkan jadi macam ini . Kalau kita fobia kepada ketenangan yang Allah anugerahkan dalam agama yg syumul ini , maknanya kita masih tidak mampu melihat keindahan di sebalik Islam itu sendiri .

   Banyak kejadian boleh dipetik akibat perasaan marah atau kebencian terhadap Islam , yang terbaru isu mengoyak dan membakar al-Quran . Tujuan mereka membakar al-Quran atas sebab "Al Quran bercanggah dengan Bible dan mengajar manusia kejahatan".




   Dalam meneliti isu membabitkan agama ini , kita harus mengkaji punca sebenar yang mewujudkan senario sedemikian . Apakah ia semata-mata kerana orang Islam memang ganas , seperti yang digembar-gemburkan oleh media Barat atau apakah mungkin ia disengajakan oleh pihak tertentu untuk mendiskriminasikan Muslim agar mereka tidak mengancam agama lain atau bertujuan agar orang lain tidak tertarik dengan agama Islam .


   Hakikatnya , ISLAMOPHOBIA berlaku disebabkan 'salah faham' manusia tidak kira muslim atau non-muslim terhadap agama ISLAM itu sendiri .


PUNCA SALAH FAHAM
  • MEDIA MASSA
   Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan oleh laporan media massa terhadap pelbagai peristiwa  di dalam dunia Islam . Persepsi prejudis terhadap Islam ini dapat kita perhatikan di dalam pelbagai laporan akhbar di mana agama ISLAM dan penganutnya sering  dikaitkan dengan unsur keganasan dan ketidaktamadunan .

   Sumbangan media massa di dalam membina tanggapan negatif terhadap Islam ialah menerusi penciptaan istilah-istilah seperti 'terroris Islam' , 'militan Islam' , 'extremis Islam' atau 'Islam fundamentalis' .  Selain aspek pengistilahan , agama Islam juga sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab , agama yang menekan dan mengeksploitasi wanita , agama yang anti kepada kemajuan dan agama yang menentang hak asasi manusia .
   Dengan bersumberkan maklumat dari mereka yang bersifat prejudis , media massa telah menyebarkan kefahaman dan maklumat yang tidak tepat terhadap agama Islam dan telah menyumbang kepada kejahilan masyarakat Barat terhadap Islam sehingga membawa kepada perasaan benci dan takut terhadap Islam sebagaimana tergambar di dalam perbuatan membakar al-Quran baru-baru ini .
  • ORANG ISLAM SENDIRI
   Dalam skop yang lebih kecil , kita dapat lihat orang Islam itu sendiri yang menjadi punca ISLAMOPHOBIA . Contohnya dalam negara Malaysia , siapakah memegang rekod penagih dadah dan penghuni penjara paling ramai ?? Gejala buang bayi , mat rempit , bohsia & bohjan serta isu sumbang mahram paling ramai dalam kalangan siapa ? Tepuk dada tanya iman . Akhlak buruk dalam kalangan mereka inilah yang menyumbang kepada salah tanggapan kepada agama Islam .



“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu”
 [Al-Baqarah: 208]



   Selain itu , perbalahan politik dalam kalangan orang ISLAM (UMNO VS PAS) dan pertelingkahan antara sesama golongan agamawan  juga turut menyumbang kepada berlakunya salah faham terhadap agama ISLAM . 

  • FATWA DARIPADA BUKAN PAKAR
   Sebelum ini kita pernah dengar fatwa pelik dari Universiti Al-Azhar apabila seorang tenaga pengajarnya Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti Al-Azhar , Mesir) mengeluarkan fatwa harus seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan sekerja wanitanya bagi mendapatkan title anak susuan . Dengan title tersebut dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita , hatta jika mereka berdua-duaan sekalipun , kerana status mereka sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin .

Fatwa pelik ini menimbulkan kehebohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama' seluruh mesir . Akhirnya , f
atwa anak susuan dewasa oleh ulama' Azhar itu ditarik balik . Walaupun telah ditarik balik , tetapi isu ini juga telah mendorong salah faham masyarakat non-muslim terhadap agama Islam .


JENIS-JENIS ISLAMOPHOBIA
  • ISLAM AGAMA YANG GANAS
   Seperti mana yang kita ketahui , penyumbang utama kepada ISLAMOPHOBIA adalah isu keganasan . Hal ini disebabkan  berlakunya kejadian 11/9 iaitu kemusnahan World Trade Center . Sejak dari itu , apa sahaja kejadian ganas yang berlaku akan dikaitkan dengan agama Islam . Orang Islam yang taat kepada ajaran agama dilihat sebagai 'fundamentalist' , 'extremist' dan 'terrorist' . Ini seperti menguatkan lagi kenyataan musuh-musuh Islam bahawa 'Islam tersebar dengan mata pedang' .
   Penampilan berjanggut pada hari ini menimbulkan rasa gusar di kalangan non-muslim kerana orang yang memiliki janggut akan dibabitkan dengan terorist . Mereka yang bersifat prejudis kepada agama ISLAM menganggap orang yang berjanggut sering terlibat dalam kes-kes pengeboman berani mati . 

   Selain itu , wanita yang memakai hijab juga dianggap sebagai terrorist dengan mengatakan bahawa mereka menyembunyikan bom di sebalik tudung .

  • ISLAM MUNDUR
   Satu lagi salah faham adalah Islam merupakan agama yang mundur , tidak membawa kepada kemajuan . Non-Muslim melihat negara-negara Islam semuanya mundur , tiada kemajuan . Maka Islam dilabelkan sebagai agama yang mundur dan tidak praktikal.

  • PREJUDIS

   Sikap prejudis segelintir manusia terhadap agama ISLAM  menjadi punca ISLAMOPHOBIA . Mereka sering mempertikaikan perintah ALLAH di dalam Al-Quran dan sekaligus mengatakan ISLAM adalah agama yang menyusahkan , tidak adil , kejam dan sebagainya . 

   Sebagai contoh hukum yang paling diketengahkan dalam  ISLAM adalah hak poligami . Kebanyakan kaum wanita non-muslim beranggapan ISLAM menindas wanita kerana mereka tidak bersetuju ISLAM membenarkan kaum lelaki berkahwin empat dan mereka merasakan tidak adil bagi kaum wanita .

   Mereka juga mempertikaikan pemakaian hijab (tudung) dalam agama ISLAM . Hal ini kerana , hijab bagi wanita non-muslim  adalah satu penindasan kerana 'free hair' adalah kebebasan bagi mereka . 


   Bagi wanita , isu lelaki menjadi imam di dalam solat dan lelaki sebagai pemimpin serta kedudukan wanita di belakang lelaki dalam saf solat dikira sebagai penindasan bagi mereka .

   Selain itu , non-muslim juga mengatakan tuntutan puasa dalam Islam adalam penindasan bagi penganutnya , kerana puasa menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga dan tidak mampu melalukan kerja dengan sebaiknya .

   Isu rejam dalam kalangan masyarakat Islam yang sering dipaparkan di berita juga menjadi punca salah tanggapan ini . Wanita yang melakukan zina atau berkhalwat direjam sehingga mati merupakan penyumbang berlakunya ISLAMOPHOBIA .
   
   Pembahagian harta pusaka dalam Islam juga dikatakan tidak adil bagi bagi wanita non-muslim kerana lelaki mendapat dua kali ganda harta lebih berbanding wanita .

   Selain itu , hukum hudud dalam agama Islam yang masih dilaksanakan di zaman moden ini dianggap sebagai undang-undang kejam dan tidak relevan .


   Semua ini adalah tanggapan dari akal fikiran mereka  yang diikuti nafsu semata-mata , tidak melihat pada hikmahnya . Mereka tiada ilmu tentang agama ISLAM dan terus mempertikaikan perintah ALLAH dan larangan ALLAH . Masakan ALLAH ingin menzalimi hamba-hambanya , padahal terselit seribu hikmah di sebalik perintah dan larangan itu .

.....................................................................................


   Kesimpulannya , adalah penting bagi umat Islam mengambil cakna dan memahami isu-isu yang menyumbang kepada ISLAMOPHOBIA dan juga cara untuk menanganinya . Dalam hal ini , kita tidak sepatutnya menuding jari siapa yang bersalah atau siapa yang benar , kerana hal ini tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan . 

   Marilah kita sama-sama menyelesaikan masalah ini dengan memberi kenyataan yang benar kepada non-muslim tentang salah faham mereka terhadap agama Islam .

p/s : Nantikan sambungan 'cara berdakwah dengan non-muslim dan jawapan bagi pernyataan mereka bahawa islam itu agama yang menindas penganutnya'

2 comments:

insan brnama zeana said...

toyyib...bagus2,,,syukran...

Blackninja said...

Terima kasih diatas perkongsian saudara/saudari....
Penjelasan sedemikian rupa seharusnya membuka mata semua pihak mengenai SALAH FAHAM yang telah berlaku sejak berdekad lalu....
sama-samalh kita memperjuang & menegakkan agama Islam yang suci ini....