Post kali ini adalah sambungan bagi ISLAMOPHOBIA. Salah Kita atau Mereka yang Kurang Faham?
Sebelum ini saya sudah kupas jenis-jenis ISLAMOPHOBIA dan punca terjadinya salah faham isu ini . Umat Islam seharusnya memahami isu-isu yang menyumbang kepada ISLAMOPHOBIA dan juga cara untuk membersihkan salah faham mereka terhadap Islam . Justeru , sedikit perkongsian yang diambil daripada brother Shah Kirit tentang cara-cara berdakwah dengan non-muslim .
CARA BERDAKWAH DGN NON-MUSLIM
- Sebelum kita nak berdakwah , fikir cara untuk rapat dan berkawan dengan mereka dahulu .
- Fahami pemikiran non-muslim terlebih dahulu . Ambil tahu perkara yang membuatkan mereka tak suka dan takut tentang Islam (jenis islamophobia) .
- Sebelum berdakwah kepada non-muslim , bersihkan dahulu pemikiran mereka iaitu membetulkan salah faham mereka terhadap Islam .
- Gunakan istilah yang non-muslim faham , kerana mereka tidak tahu apa itu Islam sebenar dan berkemungkinan mereka tidak tahu istilah-istilah yang digunakan dalam Islam .
- Apabila kita berdakwah , bercerita kepada non-muslim dengan apa yang mereka faham dan apa yang membuatkan mereka tertarik tentang Islam , bukan bercerita apa yang kita faham , kerana kefahaman kita tentang Islam tidak sama dengan kefahaman mereka !!! (mungkin boleh guna logik akal)
- Perkara yang paling penting sekali , apabila kita berdialog dengan mereka , fokus pada pencipta dan aqidah terlebih dahulu ! Jangan sesekali bercakap pasal fiqah dan hukum Islam kerana perkara ini yang memberi anggapan kepada mereka bahawa Islam itu menindas penganutnya .
- Jangan cepat emosi apabila berdakwah .
Selain daripada mendekati non-muslim itu sendiri , banyak lagi cara untuk kita berdakwah . Antaranya :
- Blog
- Facebook & Twitter
- Forum
- NGO ISLAM
Mungkin susah untuk kita berdakwah dengan non-muslim , kerana mereka banyak mempertikaikan ajaran ISLAM dan kerana ISLAMOPHOBIA pada diri mereka itu sendiri . Bagi mereka yang kurang pengetahuan agama , agak susah untuk dia menerangkan atau menjelaskan persoalan-persoalan yang dikemukakan non-muslim .
MENJAWAB SOALAN-SOALAN DARIPADA NON-MUSLIM
- POLIGAMI
Sebenarnya tidak ada ayat al-Quran yang menyuruh lelaki berpoligami . Surah An-Nisa' ayat 3 mengatakan :
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
|
Cuba baca betul-betul ayat ini dan fahami . Ayat ini sebenarnya diturunkan bagi meletakkan had berpoligami bagi lelaki , itupun ada sayaratnya , iaitu dapat berlaku ADIL. Sebelum turunnya ayat ini , tiada had bagi lelaki untuk kahwin dengan perempuan .
Perkara ini bukan berlaku pada umat Islam sahaja , bahkan agama Hindu dan Kristian juga berpoligami tanpa had . Tuhan Hindu iaitu Rama dan Krishna mempunya ramai isteri . Kita tengok pada zaman dahulu , berapa ramai lelaki yang mempunya banyak isteri melebihi empat. Para Anbiya’ sebelum baginda dalam kalangan Bani Israel lebih banyak bilangan isteri mereka , berpuluh kali ganda berbanding Nabi Muhammad . Umpamanya Nabi Sulaiman yang mempunyai 60 orang isteri , mengapakah tidak timbul prejudis terhadap beliau menurut pandangan orientalis ? Nabi Daud juga mempunyai 99 isteri .
Kalau tidak turunnya ayat ini , lelaki boleh kahwin melebihi 4 orang perempuan . Jelaslah bahawa kedengkian mereka terhadap Islam dan Nabi menjadikan mereka mencari-cari kelemahan tertentu dalam agama Islam .
Pada zaman dahulu , seorang wanita yang sudah akil baligh dikira sebagai dewasa . Kajian mengatakan bahawa perempuan Arab zaman dahulu rata-rata telah baligh seawal usia 9 tahun , berbanding dengan kanak-kanak berumur 9 tahun sekarang . Rasulullah bersama dengan Aisyah pada usia 9 tahun kerana pada waktu itu , Aisyah sudah dewasa dan mampu menguruskan dirinya . Jadi , jangan bandingkan umur zaman Rasulullah dengan sekarang !
Cuba kita tengok usia yang paling dekat dengan kita . Kebanyakan datuk , nenek dan moyang kita berkahwin dalam lingkungan usia 10-14 tahun , dan umur 20-an bagi mereka adalah paling lambat untuk berkahwin . Jelas di sini , peredaran zaman membuktikan semakin hari , kebanyakan manusia semakin tidak matured pada usianya .
Kuat di sini adalah kuat untuk menjaga mata dan menundukkan pandangan . Surah An-Nur ayat 30 , ALLAH memerintahkan kepada kaum lelaki :
Kalau tidak turunnya ayat ini , lelaki boleh kahwin melebihi 4 orang perempuan . Jelaslah bahawa kedengkian mereka terhadap Islam dan Nabi menjadikan mereka mencari-cari kelemahan tertentu dalam agama Islam .

- NABI MUHAMMAD BERKAHWIN DENGAN KANAK-KANAK
Pada zaman dahulu , seorang wanita yang sudah akil baligh dikira sebagai dewasa . Kajian mengatakan bahawa perempuan Arab zaman dahulu rata-rata telah baligh seawal usia 9 tahun , berbanding dengan kanak-kanak berumur 9 tahun sekarang . Rasulullah bersama dengan Aisyah pada usia 9 tahun kerana pada waktu itu , Aisyah sudah dewasa dan mampu menguruskan dirinya . Jadi , jangan bandingkan umur zaman Rasulullah dengan sekarang !
Cuba kita tengok usia yang paling dekat dengan kita . Kebanyakan datuk , nenek dan moyang kita berkahwin dalam lingkungan usia 10-14 tahun , dan umur 20-an bagi mereka adalah paling lambat untuk berkahwin . Jelas di sini , peredaran zaman membuktikan semakin hari , kebanyakan manusia semakin tidak matured pada usianya .
- GOLONGAN LELAKI JADI IMAM
Kuat di sini adalah kuat untuk menjaga mata dan menundukkan pandangan . Surah An-Nur ayat 30 , ALLAH memerintahkan kepada kaum lelaki :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka .
Kemudian ayat 31 , ALLAH memerintahkan kepada kaum wanita
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya .
ALLAH memberi perintah kepada lelaki dahulu untuk menundukkan pandangan dan menjaga mata mereka . Maksudnya , ALLAH tahu bahawa lelaki lebih susah untuk menjaga mata berbanding wanita . Sebab itulah golongan lelaki yang jadi imam dan berada di saf hadapan dan wanita berada di belakang .
Cuba bayangkan kalau wanita di saf hadapan dan lelaki di belakang , ke mana perginya arah mata-mata lelaki apabila solat berjemaah , terutama ketika rukuk dan sujud ? Adakah mereka mampu untuk khusyuk?
..........................................................
Sebenarnya , setiap larangan dan perintah ALLAH ada hikmahnya tersendiri . Hanya ilmu manusia sahaja yang terbatas untuk mengetahui setiap hikmah itu , dan ada juga hikmah yang mampu kita lihat menggunakan akal fikiran dan hati kita . Justeru , kita mestilah mendalami ilmu al-Quran dan sunnah untuk mencari hikmah-hikmah yang terdapat dalam setiap perintah dan laranganNYA , sekaligus kita mampu menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh non-muslim .
p/s : Nantikan sambungan PERTAMA "memahami perbandingan agama ".
0 comments:
Post a Comment