Jan 17, 2011

Kepentingan Bahasa Arab

   Ketahuilah , bahawa bahasa arab adalah ilmu alat . Ilmu alat adalah ilmu yang pertama sekali harus dikuasai untuk memahami ilmu-ilmu lain . 

Dari Ibnu Mubarak , katanya : 
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu , selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab .''

    Ilmu bahasa arab itu amat luas , dan ia mempunyai puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai kepentingan tersendiri . Walau bagaimanapun , ilmu paling  penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof .

  • ILMU NAHU
Imam Ibn al Wardi berkata :

 جمل المنطق بالنحو فمن يحرم الاعراب في النطق اختبل
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu . Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya .''
Berkata Imam al Baihaqi :

''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith)  tidak mengetahui Nahu , maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya .''

Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dalam Syarah Alfiyahnya :

''Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith . Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab , kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab .  Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''   

  • ILMU SOROF
Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani berkata ;

Wahai sahabatku , jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam suasana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat ,

Maka rebutlah waktu mu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu yang pertama kamu dalami ,

Sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka , dan ia bak purnama di sisi bintang-bintang yang berkerlipan ,

dan ia umpama lautan , sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit  yang pasti  amat tinggi nilainya .

............

“Setiap nabi datang membawa kelebihan daripada jenis kemahiran kaumnya. Nabi Musa datang membawa tongkat sakti berhadapan dengan Firaun yang terkenal dengan ilmu sihir. Nabi Isa datang dengan kelebihan mengubat penyakit-penyakit dan dapat menghidupkan orang mati kerana kaumnya adalah pakar-pakar perubatan pada masa itu. Nabi Muhammad pula membawa kelebihan pada bahasa iaitu Al-Quran dalam bahasa Arab yang sangat indah dan sangat luar biasa kepada bangsa Arab yang sangat mahir berbahasa.”



   Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar , namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya.Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya . Keuniversalan Al-Quran lainnya dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya . 

   Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat , dalam sejarah , selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat . Hatta , orang buta atau kanak-kanak pun . Al-Quran , mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun . Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain .

   
   Salah satu di antara 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA kepada seluruh umat ISLAM ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur bahasa Arab kerana ia antara syiar-syiar Islam .

   Khulasahnya , marilah kita sama-sama menguasai ilmu bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahasa al-Quran .

5 comments:

Qam said...

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran (dalam) berbahasa Arab,agar kamu mengerti” [Yusuf 12:2]

nor syifa' :) said...

ustaz ana pernah cakap..
belajar nahu sorof ni wajib..tpi ana x pasti
dan apabila belajar jgn menzaliminya pastikan setiap huruf ye betul bukan dalm dollah wa dollah( kesesatan)

JaLAN cAhAyA said...

betul..
time kasih syifa =)

dhirar al-azwar said...

نحن نتعلم اللغة العربية جيدة لذالك نحن نستطع ان نتكلم مع عربي...

JaLAN cAhAyA said...

وان شاء الله سنفهم اللغة العربية جيدة