Mar 13, 2011

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam



Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah: 

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri , dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin .

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran , tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat .




3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat . 

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur . 

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah . 

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya . 

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu . 

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang . 

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan . 

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar , tetapi tidak diberi dari makanannya itu .

Dipetik drp kitab 'tanbih Ghofilin' .

4 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

terkesannye dengan yang kedua-seseorang yang tahu membaca al-qur'an tetapi tiap harinya tidak membaca 100 ayat

JaLAN cAhAyA said...

tekesan jugak..
semoga kita bkn golongan org2 yg kejam..

NORLIDA RAMLI said...

cantiknya baby tu..hehehe =)

JaLAN cAhAyA said...

inginkan baby..
maka,kahwinlah..hehe