Seorang pemuda yang matanya cepat menangis
Kerana takutkan ALLAH
Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang hatinya lembut
Kerana cintakan Rasul
Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang menundukkan hawa nafsunya
Untuk mengikut pedoman Rasul
kerana cintakan ALLAH
Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang siangnya cergas
Malamnya tegar berdiri
Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang dunianya zuhud
Akhiratnya tamak
Apakah dapat kutemui jasad-jasad seperti itu
Jiwa-jiwa seperti itu
Apakah mata ku buta dalam memberi penilaian
Apakah silap hidungku kerana tidak dapat menghidu
Apakah hatiku mati hingga tidak dapat mengesan
Persetankan semua itu , aku tetap ingin mencari
Mencari jiwa pemuda yang tenang dalam agamanya
Mencari roh yang tegar atas jalan yang lurus
Mencari hati yang cintakan ALLAH dan Rasul-Nya
Mencari dada yang selamat aqidahnya
Mencari jasad yang sudah haus kerana ibadat
Lalu...
Mengapa perlu aku mencari semua itu
Aku juga pemuda
Aku juga mempunyai hati
Aku juga mempunyai jasad dan jiwa
Air mata ku juga masih tidak kering untuk menangis
Aku juga ada agama yang ku anuti
Lalu...
Mengapa aku perlu mencari semua itu
Sedangkan aku ada jiwa yang harus aku didik
Aku ada roh yang perlu aku tarbiyah
Aku ada hati untuk disemai benih cintakan ALLAH dan Rasul-Nya
Ya ALLAH aku mahu jadi pemuda
Aku mahu jadi pemuda yang jiwanya ,
Jasadnya , hatinya , nafsunya dan seluruhnya
Taat dalam kecintaan kepadaMU
Taat dalam kecintaan kepada Rasul Mu
Aku mahu jadi pemuda itu
Aku mahu jadi pemuda yang ku cari itu
Diriku masih hanyut
Aku juga pemuda tetapi tidak seperti mereka
Ya ALLAH mengapa jiwa ku yang muda ini di siakan
AKU MAHU JADI PEMUDA ITU
YA ALLAH TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS
credit to al-ikhlas..
4 comments:
InsyaAllah. Jazakalillah.
aku pemuda:)
aku pemuda:)
ye rawi..saya tahu...:)
jalankanlah tanggungjawab anda.
Post a Comment