Post kali ini sambungan bagi Memahami Perbandingan Agama yang lepas .
Kita sudah mengetahui bahawa memahami perbandingan agama adalah sebahagian sunnah Rasulullah dan seharusnya menjadi sebahagian daripada pengajian kita . Sekiranya kita tiada ilmu perbandingan agama, mungkin sukar untuk kita berdakwah dengan non-muslim.
Bro. Lim Jooi Soon ada memberi serba sedikit fahaman tentang masyarakat Cina dan Kristian. Ilmu yang sedikit ini kita boleh gunakan dengan sebaiknya untuk berdakwah .
FAHAMAN KRISTIAN
Persamaan antara maksud ayat Al-Quran di atas dan fenomena "Big Bang" adalah sangat jelas dan tidak dapat dinafikan .
Fikirkan , bagaimanakah satu kitab yang muncul (diturunkan) di padang pasir di Arab pada 1,400 tahun dahulu , mengandungi fakta saintifik yang begitu hebat !
Apabila dakwah dengan non-muslim , kita mesti menjelaskan pada non-muslim apa yang membuatkan mereka tertarik pada islam . Saya beri satu anologi , bila kita ingin pancing ikan , kita mesti letak benda yang ikan tu suka , bukan apa yang kita suka . Kalau kita letak nasi pada pancing tu , sudah semestinya ikan tu takkan berminat .
Kita sudah mengetahui bahawa memahami perbandingan agama adalah sebahagian sunnah Rasulullah dan seharusnya menjadi sebahagian daripada pengajian kita . Sekiranya kita tiada ilmu perbandingan agama, mungkin sukar untuk kita berdakwah dengan non-muslim.
FAHAMAN KRISTIAN
Kebanyakan orang Kristian percaya bahawa Tuhan ada satu . Apabila berdialog dengan mereka , fokus pada PENCIPTA dahulu .
Mereka sangat menyayangi Jesus (Nabi Isa) . Sebab itu kita kena mencari PERSAMAAN agama Islam dengan agama mereka , bukan perbezaan !
Contohnya , dalam kitab bibble ada mengatakan bahawa Jesus sujud (cara solat) , Jesus berpuasa , Jesus berkhatan dan Jesus juga memberi salam . Kita boleh cakap " kalau sayangkan Jesus , kenapa tak ikut apa yang Jesus buat ? Semua perbuatan tu ada pada Islam. Kalau kamu ingin masuk Islam sekalipun , jangan ikut saya , tapi ikut Jesus."
Bila kita tunjukkan persamaan Islam dengan agama mereka , mungkin mereka akan terbuka hati untuk berfikir tentang Islam , dan pada waktu itu kita cuba menerangkan sifat-sifat ALLAH secara perlahan-lahan dan jelas .
FAHAMAN CINA
90% masyarakat Cina adalah 'Free Thinker' manakala 10% lagi adalah masyarakat yang tidak percaya Tuhan itu wujud .
Perkara pertama sekali untuk kita dakwah mereka adalah dengan meyakinkan mereka bahawa wujudnya PENCIPTA pada alam dan seluruh makhluk . Kita boleh gunakan LOGIK AKAL bahawa setiap benda pasti ada pencipta .
Sesuatu itu tidak terjadi dengan sendiri melainkan adanya Pencipta.
Sebuah buku tidak akan dapat ditulis melainkan ada penulisnya.
Sebuah buku tidak akan dapat ditulis melainkan ada penulisnya.
Sebuah lagu tidak akan dapat digubah melainkan ada penggubahnya .
Sebuah kereta tidak akan terjadi melainkan ada perekanya .
Tidak mungkin pohon tumbuh sendiri dan menghasilkan bunga dan buah tanpa adanya proses kejadian .
Tidak mungkin pada gas dan minyak terdapat sumber tenaga kalau tenaga tidak diciptakan .
Mereka tidak percaya wujudnya Tuhan kerana mereka tidak nampak Tuhan itu di mana . Sekali lagi kita gunakan logik akal bahawa tidak semestinya sesuatu benda tu kita boleh lihat . Contoh , kita dapat rasa angin , tapi kita tak dapat melihatnya ,bila kita sakit kita hanya dapat rasa , tapi tak dapat lihat kesakitan tu, dan banyak lagi .
Selain itu , kita juga boleh kaitkan sains dengan al-Quran . Cara ini lebih berkesan kerana lebih 1000 ayat al-Quran menunjukkan fakta sains dan 800 daripadanya telah terbukti benar oleh saintis . Salah satu contoh yang boleh saya bagi adalah fenomena "Bing Bang" .
Konsep penciptaan alam yang diterangkan oleh para saintis diterima oleh umum , dan ia dinamakan sebagai fenomena "Big Bang". la pula disokong oleh hasil-hasil pemerhatian yang logik dan eksperimen-eksperimen tertentu yang dilakukan oleh para saintis sejak berkurun yang lalu .
Menurut fenomena tersebut (Big Bang) , seluruh alam ini dulunya berasal dari satu kumpulan jisim (Primary Nebula) . Kemudian berlaku pecahan padanya (Secondary Separation) yang menyebabkan kejadian seluruh galaksi ini . Kejadian ini menyebabkan terbentuknya bintang-bintang , planet-planet , matahari , bulan , dan lain-lain .
Asal kejadian alam ini sangatlah unik dan kebarangkalian alam ini terjadi dengan sendirinya adalah ternafi (dengan sendirinya) .
Terdapat dalam Al-Quran , ayat yang menceritakan asal kejadian alam ini ;
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya"
( Surah Al-Anbiyaa ' : 30)
Fikirkan , bagaimanakah satu kitab yang muncul (diturunkan) di padang pasir di Arab pada 1,400 tahun dahulu , mengandungi fakta saintifik yang begitu hebat !
FAHAMAN HINDU
Fahaman Hindu pada saya terlalu sikit . Samada kurang penjelasan dari Bro. Lim Jooi Soon atau saya 'tertidur' ... =)
Kalau kaji kitab Hindu , mereka juga mengatakan bahawa ALLAH ada satu . Tapi tak faham kenapa zaman sekarang ni banyak sangat Tuhan mereka . Cara nak berdakwah dengn mereka , kita boleh je gunakan cara yang sama , iaitu menggunakan persamaan dan "logik&sains"
..................................................................................
Apabila kita sudah mengkaji kitab agama lain , mudah untuk kita berdakwah dan mencari persamaan antara mereka . Oleh itu , ilmu perbandingan agama perlu dipelajari dan difahami.
Dalam usaha kita nak berdakwah juga , mestilah menggunakan cara yang betul , bukan dengan sewenang-wenangnya .
FORMULA DAKWAH
1. Guna pendekatan yang sesuai mengikut keadaan .
Apabila dakwah dengan non-muslim , kita mesti menjelaskan pada non-muslim apa yang membuatkan mereka tertarik pada islam . Saya beri satu anologi , bila kita ingin pancing ikan , kita mesti letak benda yang ikan tu suka , bukan apa yang kita suka . Kalau kita letak nasi pada pancing tu , sudah semestinya ikan tu takkan berminat .
Selain itu , sekiranya kita ingin menulis buku untuk berdakwah , elakkan daripada menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan bahasa arab . Perkara ini menyebabkan non-muslim susah untuk faham . Sebagai contoh, Bro. Lim Jooi Soon pernah membeli buku Islam untuk menambah pengetahuan agama Islam , tapi beliau tak faham langsung baca buku tu dan menyebabkan beliau bosan untuk baca .
Macam mana orang yang tidak tahu apa-apa pasal Islam nak faham baca buku yang penuh dengan istilah-istilah bahasa arab . Boleh je kalau nak guna juga bahasa arab , tapi pastikan letak maksudnya sekali .
Pendekatan mengikut keadaan di sini juga bermaksud tempat atau masa . Budaya dan pengamalan ajaran Islam tidak sama pada semua tempat .
2. Bila kita sampaikan mesej pada agama lain , mulakan dengan TAUHID dan AQIDAH dahulu.
Kita mesti fokus pada PENCIPTA dahulu . Tanamkan pada diri mereka bahawa Tuhan itu satu iaitu ALLAH .
Kita lihat orang sekarang suka berdakwah dengan menjelaskan hukum fiqh . Perkara ni akan memberatkan mereka , malah akan menyebabkan mereka tidak berminat pada Islam . Sedangkan Fiqh dalam Islam pun mempunyai banyak ikhtilaf ulama' .
Cuba bayangkan , kalau non-muslim bertanya kita tentang Islam , kita pon cakap "Islam tu wajib sembahyang 5 kali sehari , puasa sebulan dalam bulan Ramadhan , kena keluarkan duit untuk bayar zakat . Kalau tak buat berdosa besar" . Kamu rasa adakah mereka akan tertarik dengan Islam ?
3. Bagi hukum mengikut keimanan orang itu , bukan keimanan kita .
Kita tengok kisah pertama . Situasi pertama seorang sahabat yang sudah lama berkahwin berjumpa dengan Rasulullah dan bertanya tentang hukum mencium isteri ketika puasa . Rasulullah membenarkan .
Kemudian situasi kedua sahabat yang baru sahaja berkahwin berjumpa dengan Rasulullah dan bertanya tantang hukum yang sama . Kali ini Rasulullah tidak membenarkan .
Cuba lihat situasi pertama , orang yang berjumpa dengan Rasulullah itu adalah orang yang sudah lama berkahwin , dia mampu untuk mengawal nafsu bila mencium isteri berbanding dengan orang yang baru sahaja berkahwin . Orang yang baru berkahwin , tidak mustahil apabila mencium isteri ,dia tidak dapat menahan nafsu dan akan membatalkan puasanya .
Kisah lain , Ibn Abbas memberi hukum membunuh kepada dua orang dalam situasi yang berbeza . Situasi pertama orang itu dalam keadaan marah , maka Ibn Abbas mengatakan haram membunuh . Situasi kedua orang itu dalam keadaan tenang , Ibn Abbas tidak kata haram .
Jelas di sini hukum boleh berubah mengikut situasi dan keadaan . Janganlah memberatkan non-muslim apabila dia baru masuk Islam kerana keimanan mereka mungkin di tahap yang lemah lagi .
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
2 comments:
tido2 pun dpt byk jugak..
chayok..@:)
sikit dr anda..
kalau ada byk fahaman hindu,post k..
lpas ni ana copy pste je..hehe
Post a Comment