Apr 10, 2013

Muslimah ?



"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
[Saidatina Aisyah]


Berbeza bukan, muslimah yang berniqab tetapi meletakkan gambar dalam FB, Twitter, Instagram, atau laman sesawang yang lain, berbanding dengan muslimah yang tidak berniqab tetapi tidak pernah mendedahkan wajahnya di mana-mana laman sesawang ?

Berbeza bukan, muslimah yang berniqab tetapi memakai celak di mata dan memakai pakaian yang cantik dengan niat lelaki yang soleh melihatnya, berbanding dengan muslimah yang tidak berniqab tetapi sentiasa bersederhana dalam pakaian agar tidak menarik perhatian kaum Adam ?

Berbeza bukan, muslimah yang berniqab tetapi matanya sentiasa melirik ke arah kaum Adam, berbanding dengan muslimah yang tidak berniqab tetapi jalannya di luar sentiasa menundukkan pandangan ?

Jawapan yang mana menunjukkan sifat seorang muslimah yang hakiki, tepuk dada tanya iman. Taqwa itu bukanlah pada pakaian seseorang. Bukan pada niqabnya, bukan pada tudung labuhnya mahupun bukan pada jubah yang dipakainya setiap hari. Bukan ! Tetapi taqwa itu ada pada seorang muslimah yang mana dia mampu menundukkan pandangannya, dia cuba untuk mengelak fitnah yang ada pada dirinya, dan taqwa itu ada dalam hati. Sejauh mana dia mengenakan pakaian yang berbentuk muslimah hanya kerana Allah atau hanya ingin dilihat sebagai seorang 'muslimah'. Sekali lagi tepuk dada tanya iman.

Pengiktirafan wanita solehah di sisi Allah lebih besar nilainya berbanding gelaran wanita solehah di sisi manusia. Ayuh muslimah, kita koreksi diri dan kembalikan niat kita yang asal. Semoga kebaikan yang kamu lakukan dipandang tinggi oleh Allah.

1 comments:

Anonymous said...

suka ^_^
jzkk