Oct 29, 2010

Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).


Oct 22, 2010

Perempuan Yang Mengaku 'Ana Muslimah'

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Sabda Nabi bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut. 

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk,adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.


7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya pujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)


Dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini


"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 

'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Justeru itu, Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A...TAATILAH PERINTAH ALLAH...

Oct 21, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin

terjemahan kitab riadhus salihin oleh salim bahreisy

m/s 207 jilid 1 pasal:berat siksa org yg menganjurkan kebaikan dan mencegah munkar,tetapi perkataannya menyalahi perbuatan(lebih kurang ckp xserupe bikin la)

firman Allah:
maksudnya:Apakah kamu menyuruh org2 berbuat kebaikan,padahal kamu melupakan dirimu sendiri,sedangkan kamu membaca kitab,tidakkah kamu berakal?
(al-baqarah 44)

firman Allah:
maksudnya:hai org2 beriman,mengapakah kamu berkata apa yg tidak kamu perbuat.sungguh besar murka Allah jika kamu berkata apa yg tidak kamu perbuat.
(as-shaff 2-3)

Abu Zaid(usamah) bin zaid bin haritsah r.a berkata:

 saya telah mendengar rasulullah s.a.w. bersabda: seorang di hadapkan di hari qiamat.kemudian di lemparkan ke dalam neraka ,maka keluar usus perutnya,lalu berputar-putar di dalam neraka bagaikan himar yg berputar di sekitar penggilingan maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya : Hai Fulan,mengapakah engkau, tidakkah engkau dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar? Jawabnya: benar,aku dahulu menganjurkan kebaikan ,tetapi tidak aku kerjakan,dan mencegah mungkar tetapi aku kerjakannya.
(hadis muttafaqun'alaih)

muttafaqun'alaih bermaksud hadis yg di sepakati oleh ulama'

jadi hadis di atas ni bukan bermaksud kite tidak perlu mengerjakan yg baik dan mencegah mungkar..tetapi lebih mengajak kite supaya berhati-hati..jgn terlalu ghairah mencegah mungkar sedang diri kita masih dlm kemungkaran..jadi sama2lah kite belajar ilmu dan mengamalkannya,sebelum kita menyampaikannya..

Mungkin kita dah melakukannya tapi kadang2 xmampu utk istiqomah dlm melakukan kebaikan..Itulah iman..Turun dan naik..Tapi jangan jadikan ia sbg alasan..Berusahalah utk istiqomah,,krn mmg SUSAH nk dapatkan keredhaan ALLAH..

Oct 20, 2010

Iman Nikmat Berharga



"Iman tak dapat diwarisi..Dari seorang ayah yang bertaqwa..Iman tak dapat dijual beli..Ia tiada di tepian pantai..Walau apapun caranya jua..Engkau mndaki gunung yang tinggi..Engkau merentas lautan api..Namun tak dapat jua dimiliki..Jika tidak kembali kepada ALLAH.."




Betapa manisnya iman yang kita kecapi..Lebih-lebih lagi ALLAH pilih kita dari berjuta-juta orang yg kufur kepada-NYA..Jadi,jagalah iman kita sebaiknya..Agar keimanan kita jelas dan terselamat dari kesesatan..


Firman ALLAH dalam ayat 56 surah Al-Qosas yang bermaksud:


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yg dikehendakiNYA dan ALLAH lebih tahu orang yang mahu menerima petunjuk"




Kita telah melihat beberapa peristiwa yang berlaku kepada nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah S.A.W sendiri di mana keimanan merupakan anugerah ALLAH bukannya boleh diwarisi dan diniagakan.Kita juga dapat melihat bagaimana pertempuran antara iman dan kufur terus berlaku sehingga hari qiamat.




Anugerah iman ini tidak diberikan begitu sahaja kepada kita,malah kita mesti diuji.
Iman kita sentiasa diuji setiap masa sama ada dengan sesuatu yg kecil ataupun yg besar.


Firman ALLAH dalam ayat 2&3 Surah Al-Ankabut:


"Adakah manusia menganggap bahawa mereka akan dibiarkan(begitu sahaja)mengatakan:"Kami telah beriman",sedangkan mereka belum diuji lagi.Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya ALLAH mengetahui mereka yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui mereka yang berdusta"

Kisah ttg kekufuran isteri Nabi Nuh dan Luth diberitahu oleh ALLAH melalui ayat 10 Surah At-Tahrim yg bermaksud:


"'ALLAH membuat isteri Nabi nuh dan isteri Nabi Luth perumpamaan bg orang yg kafir.Kedua-duanya berada di bawah penguasaan dua org hamba yg soleh di antara hamba-hamba Kami lalu kedua-dua isteri itu mengkhianati kedua-dua suami(mereka).Maka kedua-dua suami mereka tidak dapat membantu mereka sdikitpun drp (seksa) ALLAH dan dikatakan kepada kedua-duanya:"Masuklah ke neraka bersama-sama orang yg masuk(neraka)"

Betapa besarnya nikmat iman yg kita kecapi sekarang.Sedangkan keluarga nabi sendiri tidak diberikan hidayah dan nikmat iman ini.Jadi kenapa kita mesti menkufuri nikmat ini??????
Bersyukurlah andai kamu telah terpilih memiliki nikmat yang paling besar ini.....



Wahai orang yang beriman,
Jadilah mukmin yg bermujahadah,
mukmin yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yg dahulu,
Mukmin yg akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mukmin yg akan mengajak,
Agar ISLAM kembali tertegak...