Feb 7, 2014

Yakin


Dr. Ibrahim kata ubat segala penyakit itu adalah YAKIN. 
Dalam ibadah, nak buang penyakit was-was kita kena yakin.
Dalam i'tiqad ( kepercayaan) kita kena beriman dan yakin
segala yang diceritakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Segala musibah yang berlaku kita kena yakin ada hikmahnya.
Setiap perbuatan, yakin Allah melihat.
Setiap doa dan tangisan taubat, yakin Allah mendengar.
Dan setiap pilihan yang kita buat melalui istikharah, yakin taqdirNya adalah terbaik.
Dengan keYAKINanlah akan melahirkan tawakal yang tinggi kepada Allah.

"Sungguh syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan"
[16 : 99]

Feb 5, 2014

Qalbun Salim


Perginya burung ini menuju Tuhannya.
Kelak giliranku bakal tiba jua.
Tanggal 6 Februari 2014 menentukan semakin dekat aku dengan Dia.
Semoga jiwa ini kembali kepada tuannya dengan jiwa sejahtera.

Ya Karim, muliakanlah jiwa ini dengan taqwa
Ya Matiin, teguhkanlah diri ini di jalan yang Kau redha
Ya Wahhab, tambahkanlah amalan di saat bertambahnya usia
Ya Ghaffur, hapuskanlah dosa di saat hati ini leka.

"Perkara yang paling aku menyesal ialah apabila matahari terbenam, usiaku bertambah. 
Tetapi amalanku tidak bertambah"
[Ibn Mas'ud]

Dec 12, 2013

Ibrah Salji



Imam Junaid saat melihat turunnya salji, beliau menangis berterusan tanpa berhenti. Apabila ditanya kenapa beliau menangis, jawabnya : " Aku takut. Aku membayangkan salji ini turun seperti turunnya buku-buku amal manusia yang berterbangan jatuh menuju tuannya."
[Petikan Buku 50 Sifat Salafussoleh]

Salafussoleh sentiasa melihat sesuatu dengan pandangan ibrah. Semoga kita juga dalam kalangan mereka yang sentiasa memandang setiap perkara dengan pandangan ibrah.

“Betapa banyak tanda-tanda (tentang Allah) di langit dan di bumi, yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghirau dan memikirkannya”

Yusuf :105

May 27, 2013

Unta Merah



"Jika Allah memberi hidayah kepada seseorang lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada mendapat unta merah."
[Bukhari]
Mesir 2013

Apr 10, 2013

Muslimah ?



"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
[Saidatina Aisyah]


Berbeza bukan, muslimah yang berniqab tetapi meletakkan gambar dalam FB, Twitter, Instagram, atau laman sesawang yang lain, berbanding dengan muslimah yang tidak berniqab tetapi tidak pernah mendedahkan wajahnya di mana-mana laman sesawang ?

Berbeza bukan, muslimah yang berniqab tetapi memakai celak di mata dan memakai pakaian yang cantik dengan niat lelaki yang soleh melihatnya, berbanding dengan muslimah yang tidak berniqab tetapi sentiasa bersederhana dalam pakaian agar tidak menarik perhatian kaum Adam ?

Berbeza bukan, muslimah yang berniqab tetapi matanya sentiasa melirik ke arah kaum Adam, berbanding dengan muslimah yang tidak berniqab tetapi jalannya di luar sentiasa menundukkan pandangan ?

Jawapan yang mana menunjukkan sifat seorang muslimah yang hakiki, tepuk dada tanya iman. Taqwa itu bukanlah pada pakaian seseorang. Bukan pada niqabnya, bukan pada tudung labuhnya mahupun bukan pada jubah yang dipakainya setiap hari. Bukan ! Tetapi taqwa itu ada pada seorang muslimah yang mana dia mampu menundukkan pandangannya, dia cuba untuk mengelak fitnah yang ada pada dirinya, dan taqwa itu ada dalam hati. Sejauh mana dia mengenakan pakaian yang berbentuk muslimah hanya kerana Allah atau hanya ingin dilihat sebagai seorang 'muslimah'. Sekali lagi tepuk dada tanya iman.

Pengiktirafan wanita solehah di sisi Allah lebih besar nilainya berbanding gelaran wanita solehah di sisi manusia. Ayuh muslimah, kita koreksi diri dan kembalikan niat kita yang asal. Semoga kebaikan yang kamu lakukan dipandang tinggi oleh Allah.

Dec 17, 2011

Kita dan Jalan Ini




Di bumi ini kita bertemu,
Mengenal erti ukhuwah,
Mengenal erti cinta dan kasih sayang,
Mengenal erti senang,
Mengenal erti susah,

DAN

Mengenal erti Perjuangan serta Penat Lelah,
Juga erti TARBIYAH dan DAKWAH.

Semoga kita terus thabat !
Melangkah dan terus melangkah mengejar redha-Nya,
Walau onak dan badai melanda.


Biar apa orang nak kata,
Biar apa orang nak fikir,
Kita tetap bahagia dengan bulatan itu,

KERANA

Kita tahu,
Pandangan siapa yang harus diutamakan.

Sep 25, 2011

Semoga Allah Memberkati Along dan Pasangan


"Sesiapa yg berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh drp agamanya,maka bertaqwalah ia pada separuh yg lain"[ at-Tabrani dan al-Baihaqi]

Post ini ditujukan khas kepada pasangan, Mohd Adam dan Nurul Izma (asiff klu slh eja) atas pernikahan mereka yg telah berlangsung pada 23/9/2011 bersamaan 25 Syawal 1432H.


Semoga perkahwinan ini menjadikan along dan isteri lebih mudah dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga terbinanya baitul muslim ini menjadi wasilah dalam gerakan dakwah yg lebih cepat dan berkesan.
Semoga baitul muslim  ini menjadi model kepada masyarakat menurut acuan Islam.
Jadikanlah perkahwinan ini sebagai perkahwinan mithali yang bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yg menjadi tonggak dalam sebuah kekeluargaan.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Perkahwinan + nafsu = 0
Perkahwinan + ibadah + ikhlas = 1000
Perkahwinan + ibadah + ikhlas + matlamat yg jelas + DAKWAH = 10000000000000000
( rekaan semata2^^ )


"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."
[an-Nisa' : 34]

بـــــارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خيـــــــــر