Dari sudut bahasa arab, akal membawa maksud al-imsak (menahan), ar-ribath (ikatan), al-hijr (menahan), an-nahyu (melarang) dan man‘u (mencegah).
Ibn manzhur memberi pengertian al-‘aql dengan enam pengertian iaitu akal fikiran, menahan, mencegah, membezakan, tali pengikat, dan ganti rugi.
Sebagai contoh, dalam satu hadis perkataan akal digunakan sebagai 'ikatan';
عن عقبة بن عامر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قَال تعلّموا كتاب الله تعالى وتعاهدوه واقتنوه وَتغنّوا به فوالذي نفسي بيده لهو أشد تفلّتا من المخاض في الْعُقُلِ
"Pelajarilah Kitabullah, jagalah, perhatikan & lantunkanlah ia dgn suara yg indah. Maka demi Zat yg jiwaku berada di tanganNya, sungguh al-Quran itu lebih cepat lepas (hilang) daripada unta yang bunting pada ikatannya."
[Riwayat Darimi]
Firman Allah ;
{وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ }
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan berakal, tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka."
(Al-Mulk : 10)
Jadi, tak perlulah kita mengagung-agungkan tokoh-tokoh barat melebihi ulama' Islam. Hakikatnya mereka masih belum benar-benar berakal sehinggalah mereka menjadikan Allah sebagai Tuhan dan melaksanakan segala syariat Allah. Juga kepada umat Islam yang masih belum mampu menahan diri daripada maksiat, mungkar dan kerosakan serta berpegang teguh pada syariat Allah, mereka juga tidak layar digelar sebagai orang yang berakal walau hebat mana pengajian ilmunya.