Mar 26, 2011

Tujuh Sunnah Rasulullah



Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan .

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.
 (Al-Isra : 79)

"Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya." 

Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari


Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.”

 (Al-Isra : 9)


Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :


"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :



“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
 (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. "
 (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus

Wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib 



"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Istighfar Setiap Masa 

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :



“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
 (Al-Anfal : 33)

Mar 21, 2011

Adab-Adab Berbicara bagi Seorang Muslimah




Wahai saudariku muslimah………

1) Berhati-hatilah dari terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak berbicara, Allah Ta'ala berfirman:

” لا خير في كثير من نجواهم إلا من أمر بصدقة أو معروف أو إصلاح بين الناس ”

 (النساء: الآية114).
Artinya:

"Dan tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia ". (An nisa:114)

Dan ketahuilah wahai saudariku,semoga Allah ta'ala merahmatimu dan menunjukimu kepada jalan kebaikan, bahwa disana ada yang sentiasa mengamati dan mencatat perkataanmu.

"عن اليمين وعن الشمال قعيد. ما يلفظ من قولٍ إلا لديه رقيب عتيد ”


 (ق: الآية 17-18)
Artinya:

"Seorang duduk disebelah kanan,dan yang lain duduk disebelah kiri.tiada satu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir"
 (Qaaf:17-18).

Maka jadikanlah ucapanmu itu menjadi perkataan yang ringkas, jelas yang tidak panjang lebar yang dengannya akan memanjangkan pembicaraan.


2) Bacalah Al qur'an karim dan bersemangatlah untuk menjadikan itu sebagai wirid keseharianmu, dan senantiasalah berusaha untuk menghafalkannya sesuai kesanggupanmu agar engkau mendapat pahala yang besar dihari kiamat nanti.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” يقال لصاحب القرآن: اقرأ وارتق ورتّل كما كنت ترتّل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرؤها
 [رواه أبو داود والترمذي]

Dari abdullah bin umar , dari Nabi SAW, beliau bersabda:

dikatakan pada orang yang senang membaca alqur’an: bacalah dengan tartil sebagaimana engkau dulu sewaktu di dunia membacanya dengan tartil, karena sesungguhnya kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.
[HR.abu daud dan at-tirmidzi]

3) Tidaklah terpuji jika engkau selalu menyampaikan setiap apa yang engkau dengarkan, kerana kebiasaan ini akan menjatuhkan dirimu kedalam kedustaan.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” كفى بالمرء كذباً أن يتحدّث بكل ما سمع “

Dari Abu hurairah radiallahu 'anhu,sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta ketika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengarkan."
(HR.Muslim dan Abu Dawud)

4) Jauhilah dari sikap menyombongkan diri (berhias diri) dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, dengan tujuan membanggakan diri dihadapan manusia.

عن عائشة – رضي الله عنها- أن امرأة قالت: يا رسول الله، أقول إن زوجي أعطاني ما لم يعطني؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” المتشبّع بما لم يُعط كلابس ثوبي زور “.

Dari aisyah radiyallohu ‘anha, ada seorang wanita yang mengatakan : wahai Rasulullah, aku mengatakan bahwa suamiku memberikan sesuatu kepadaku yang sebenarnya tidak diberikannya.Berkata Rasulullah SAW,: orang yang merasa memiliki sesuatu yang ia tidak diberi, seperti orang yang memakai dua pakaian kedustaan."
(muttafaq alaihi)


5) Sesungguhnya zikrullah memberikan pengaruh yang kuat didalam kehidupan ruh seorang muslim, kejiwaannya, jasmaninya dan kehidupan masyarakatnya, maka bersemangatlah wahai saudariku muslimah untuk senantiasa berzikir kepada Allah ta'ala, disetiap waktu dan keadaanmu. Allah ta'ala memuji hamba-hambanya yang mukhlis dalam firman-Nya:

” الذين يذكرون الله قياماً وقعوداً وعلى جنوبهم… ”
 (آل عمران: الآية 191).
Artinya:

"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…" 
(Ali imran:191).

6) Jika engkau hendak berbicara,maka jauhilah sifat merasa kagum dengan diri sendiri, sok fasih dan terlalu memaksakan diri dalam bertutur kata, sebab ini merupakan sifat yang sangat dibenci Rasulullah SAW, dimana Beliau bersabda:

” وإن أبغضكم إليّ وأبعدكم مني مجلساً يوم القيامة الثرثارون والمتشدقون والمتفيهقون “.

"sesungguhnya orang yang paling aku benci diantara kalian dan yang paling jauh majlisnya dariku pada hari kiamat : orang yang berlebihan dalam berbicara, sok fasih dengan ucapannya dan merasa ta'ajjub terhadap ucapannya."
(HR.Tirmidzi,Ibnu Hibban dan yang lainnya dari hadits Abu Tsa'labah Al-Khusyani radhiallahu anhu)

7) Jauhilah dari terlalu banyak tertawa,terlalu banyak berbicara dan berceloteh.Jadikanlah Rasulullah SAW, sebagai teladan bagimu, dimana beliau lebih banyak diam dan banyak berfikir .
Beliau SAW,menjauhkan diri dari terlalu banyak tertawa dan menyibukkan diri. Bahkan jadikanlah setiap apa yang engkau ucapkan itu adalah perkataan yang mengandungi kebaikan, dan jika tidak, maka diam itu lebih utama bagimu. Rasulullah SAW, bersabda:

” من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت “.

" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,maka hendaknya dia berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaknya dia diam."
(muttafaq alaihi dari hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu)

8) Jangan kalian memotong perbicaraan seseorang yang sedang berbicara atau membantahnya, atau meremehkan ucapannya. Bahkan jadilah pendengar yang baik dan itu lebih beradab bagimu, dan ketika harus membantahnya, maka jadikanlah bantahanmu dengan cara yang paling baik sebagai syi'ar keperibadianmu.

9) Berhati-hatilah dari suka mengolok-olok terhadap cara berbicara orang lain, seperti orang yang tergagap dalam berbicara atau seseorang yang kesulitan berbicara.Alah Ta'ala berfirman:

” يا أيها الذين آمنوا لا يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيراً منهم ولا نساء من نساء عسى أن يكن خيراً منهن ”
 (الحجرات: الآية 11).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik."
(QS.Al-Hujurat:11)

10) Jika engkau mendengarkan bacaan Alqur'an, maka berhentilah dari berbicara, apapun yang engkau bicarakan, karena itu merupakan adab terhadap kalamullah dan juga sesuai dengan perintah-Nya, didalam firman-Nya:

 ” وإذا قرىء القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون ”
 (الأعراف: الآية 204).
Artinya: 


"dan apabila dibacakan Alqur'an,maka dengarkanlah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian diberi rahmat".
 Qs.al a'raf :204

11) Bertakwalah kepada Allah wahai saudariku muslimah,bersihkanlah majlismu dari ghibah dan namimah (adu domba) sebagaimana yang Allah ‘azza wajalla perintahkan kepadamu untuk menjauhinya. 

Bersemangatlah engkau untuk menjadikan didalam majlismu itu adalah perkataan-perkataan yang baik,dalam rangka menasihati,dan petunjuk kepada kebaikan. Perkataan itu adalah sebuah perkara yang besar. Berapa banyak dari perkataan seseorang yang dapat menyebabkan kemarahan dari Allah ‘azza wajalla dan menjatuhkan pelakunya kedalam jurang neraka. Didalam hadits Mu'adz radhiallahu anhu tatkala beliau bertanya kepada Nabi SAW: 

apakah kami akan disiksa dengan apa yang kami ucapkan? Maka jawab Rasulullah SAW bersabda:

” ثكلتك أمك يا معاذ. وهل يكبّ الناس في النار على وجوههم إلا حصائدُ ألسنتهم ”
 ( رواه الترمذي).


"engkau telah keliru wahai Mu'adz, tidaklah manusia dilemparkan ke Neraka diatas wajah-wajah mereka melainkan disebabkan oleh ucapan-ucapan mereka."
(HR.Tirmidzi,An-Nasaai dan Ibnu Majah)

12) Jika engkau hendak berdiri keluar dari majlis, maka ingatlah untuk selalu mengucapkan:

” سبحانك الله وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك “.

"maha suci Engkau ya Allah dan bagimu segala pujian,aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun kepada-Mu, dan aku bertaubat kepada-Mu"

Sehingga diampuni bagimu segala kesalahanmu di dalam majlis tersebut.

Mar 14, 2011

Pemuda ISLAM




RENUNGAN UNTUK PEMUDA

Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang matanya cepat menangis
Kerana takutkan ALLAH


Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang hatinya lembut

Kerana cintakan Rasul

Di manakah dapat ku cari
 Seorang pemuda yang menundukkan hawa nafsunya
Untuk mengikut pedoman Rasul
kerana cintakan ALLAH


Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang siangnya cergas
Malamnya tegar berdiri


Di manakah dapat ku cari
Seorang pemuda yang dunianya zuhud
 Akhiratnya tamak

Apakah dapat kutemui jasad-jasad seperti itu
Jiwa-jiwa seperti itu

Apakah mata ku buta dalam memberi penilaian
Apakah silap hidungku kerana tidak dapat menghidu
Apakah hatiku mati hingga tidak dapat mengesan


Persetankan semua itu  , aku tetap ingin mencari

Mencari jiwa pemuda yang tenang dalam agamanya
Mencari roh yang tegar atas jalan yang lurus
Mencari hati yang cintakan ALLAH dan Rasul-Nya
Mencari dada yang selamat aqidahnya
Mencari jasad yang sudah haus kerana ibadat




Lalu...


Mengapa perlu aku mencari semua itu
Aku juga pemuda
Aku juga mempunyai hati
 Aku juga mempunyai jasad dan jiwa
 Air mata ku juga masih tidak kering untuk menangis
 Aku juga ada agama yang ku anuti

Lalu...

Mengapa aku perlu mencari semua itu
 Sedangkan aku ada jiwa yang harus aku didik
Aku ada roh yang perlu aku tarbiyah
Aku ada hati untuk disemai benih cintakan ALLAH dan Rasul-Nya

 Ya ALLAH aku mahu jadi pemuda
 Aku mahu jadi pemuda yang jiwanya ,
 Jasadnya , hatinya , nafsunya dan seluruhnya
Taat dalam kecintaan kepadaMU
Taat dalam kecintaan kepada Rasul Mu



Aku mahu jadi pemuda itu
Aku mahu jadi pemuda yang ku cari itu


Diriku masih hanyut
 Aku juga pemuda tetapi tidak seperti mereka
Ya ALLAH mengapa jiwa ku yang muda ini di siakan


AKU MAHU JADI PEMUDA ITU
 YA ALLAH TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS

credit to al-ikhlas..

Mar 13, 2011

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam



Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah: 

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri , dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin .

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran , tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat .




3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat . 

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur . 

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah . 

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya . 

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu . 

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang . 

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan . 

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar , tetapi tidak diberi dari makanannya itu .

Dipetik drp kitab 'tanbih Ghofilin' .

Mar 12, 2011

Dosa Mengumpat


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain .

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud 



"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya

(Hadis Riwayat Muslim) 

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak . Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan . Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya .

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat , ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama . Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia , inikan pula daging saudara sendiri . 


Dosa mengumpat bukan saja besar , malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat . Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan . Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan , maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat .

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud


Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan , maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa . Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua . Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain . Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya .
Sabda Rasulullah S.A.W. 


"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat . Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala .

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud 


"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".


Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi . Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia .

Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui"

Sebaliknya , jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat , maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat . Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti . 



Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat , kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya . Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Ingatlah setiap kali kita melakukan perkara yang mungkar tehadap Allah , Ada sahaja makhluk yang akan menggalakkan kita .


Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin , menyatakan bahwa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara' iaitu yang disebabkan oleh enam hal , iaitu :


1.  Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya .
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur'an surat An-Nisa ayat 148


"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

 (QS. An-Nisa' : 148)

Ayat ini menjelaskan bahwa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzaliminya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan untuk menegakkan amar ma'ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim , dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan , maka sudah jelas boleh hukumnya .

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzalimi kita , pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik . Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, yaitu Surat An-Nisa ayat 149:


"Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An-Nisa: 149)

2.  Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar.

Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah , hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang batil .


3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal .


Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa , untuk lebih berhati-hat i, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan , tidak lebih .


4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti :

  • Apabila ada perawi , saksi , atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya , menurut ijma' ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin . Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat . Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan , bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadis . Apalagi hadis merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur'an .
  • Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri , peminum , dan sejenisnya , sedangkan si pembelinya tidak mengetahui . Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita , bukan untuk menyakiti salah satu pihak .
  • Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya . Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata .

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti , minum-minuman keras , menyita harta orang secara paksa , memungut pajak liar atau perkara-perkara batil lainnya .


Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan .


6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang , si pendek , si bisu , si buta , atau sebagainya , maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti .

Tetapi jika tujuannya untuk menghina , maka haram hukumnya . Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik , maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut .



Wallahu a'lam ....

Dipetik: Suara Persatuan Ulama Online

P/S : post kali ni adalah sekadar perkongsian drp saya . Ingat lah setiap kali ingin berbicara tentang apa hal sekalipun , fikir kan niat dan tujuan kita . Biarlah segalanya dengan niat menjadi lebih baik dan memperbaiki kelemahan . Walaupun kesempurnaan itu mustahil buat diri kita yang kerdil di sisi-Nya ..

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam"
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.