Jan 29, 2011

Kemuliaan Adalah Ujian

Kehormatan adalah ujian dan cubaan , seperti halnya kerajaan , kekuasaan dan harta-benda . ALLAH Ta'ala berfirman tentang Nabinya , Sulaiman yang saat itu sangat kagum melihat singgahsana Ratu Balqis :


"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur tau mengingkari akan (nikmatnya) .  "
[An-Naml : 40]
    ALLAH memberikan nikmatNya kepada umat manusia agar DIA dapat melihat siapa yang menerimanya dengan baik , lalu mensyukurinya , menjaganya , mengembangkannya , mengambil dan memberi manfaat darinya . Dan ingin pula melihat siapa yang meremehkannya , yang menyia-nyiakannya , yang kufur , yang menggunkannya untuk memerangi Dzat Yang memberinya , dan yang menjadikannya senjata untuk melawan Dzat Yang telah mengurniakan nikmat itu kepadanya .


   Nikmat-nikmat itu adalah cubaan dan ujian dari ALLAH . Nikmat-nikmat itu adalah tolak ukur , sejauh mana orang-orang yang bersyukur mensyukurinya dan sejauh mana pula orang-orang yang kufur mengingkarinya . ALLAH ujinya dengan nikmat seperti halnya menguji dengan bencana . 
ALLAH berfirman :

"Adapaun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan , maka dia berkata : "Rabbku telah memuliakanku." Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya , maka dia berkata : "Tuhanku menghinakanku." Sekali-kali tidak demikian ......."

[Al-Fajr : 15-17]


   Lebih jelasnya ayat ini : Tidaklah setiap orang yang Aku lapangkan dada dan Aku muliakan serta Aku beri nikmat , itu bererti kemuliaanKu untuknya . Namun , tidak pula orang yang Aku sempitkan hartanya dan aku cuba dia , bererti penghinaanKu kepadanya . 


[Buku La Tahzan , Setelah Ada Kesulitan Pasti Ada Kemudahan , Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni]

Jan 17, 2011

Kepentingan Bahasa Arab

   Ketahuilah , bahawa bahasa arab adalah ilmu alat . Ilmu alat adalah ilmu yang pertama sekali harus dikuasai untuk memahami ilmu-ilmu lain . 

Dari Ibnu Mubarak , katanya : 
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu , selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab .''

    Ilmu bahasa arab itu amat luas , dan ia mempunyai puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai kepentingan tersendiri . Walau bagaimanapun , ilmu paling  penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof .

  • ILMU NAHU
Imam Ibn al Wardi berkata :

 جمل المنطق بالنحو فمن يحرم الاعراب في النطق اختبل
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu . Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya .''
Berkata Imam al Baihaqi :

''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith)  tidak mengetahui Nahu , maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya .''

Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dalam Syarah Alfiyahnya :

''Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith . Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab , kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab .  Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''   

  • ILMU SOROF
Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani berkata ;

Wahai sahabatku , jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam suasana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat ,

Maka rebutlah waktu mu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu yang pertama kamu dalami ,

Sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka , dan ia bak purnama di sisi bintang-bintang yang berkerlipan ,

dan ia umpama lautan , sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit  yang pasti  amat tinggi nilainya .

............

“Setiap nabi datang membawa kelebihan daripada jenis kemahiran kaumnya. Nabi Musa datang membawa tongkat sakti berhadapan dengan Firaun yang terkenal dengan ilmu sihir. Nabi Isa datang dengan kelebihan mengubat penyakit-penyakit dan dapat menghidupkan orang mati kerana kaumnya adalah pakar-pakar perubatan pada masa itu. Nabi Muhammad pula membawa kelebihan pada bahasa iaitu Al-Quran dalam bahasa Arab yang sangat indah dan sangat luar biasa kepada bangsa Arab yang sangat mahir berbahasa.”



   Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar , namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya.Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya . Keuniversalan Al-Quran lainnya dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya . 

   Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat , dalam sejarah , selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat . Hatta , orang buta atau kanak-kanak pun . Al-Quran , mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun . Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain .

   
   Salah satu di antara 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA kepada seluruh umat ISLAM ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur bahasa Arab kerana ia antara syiar-syiar Islam .

   Khulasahnya , marilah kita sama-sama menguasai ilmu bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahasa al-Quran .

Jan 10, 2011

Kenapa ALLAH Temukan Kita dengan Orang yang Salah?

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg HEBAT untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

   "Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya . Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita . Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA , dan meninggalkan laranganNYA.."



Jan 9, 2011

Sayang Kamu Semua



Aku tidak pernah impikan pertemuan ini , 
Apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri ,
Haruman ukhuwah yang kau sirami ,
Bak hembusan kasturi menyegarkan rohani , 
Siapa aku tak layak dihargai ,  
Tapi kau tetap tegar melayani , 
Ku lafazkan zikir alunan ILLAHI , 
Sujud menangisi anugerah persahabatan suci ini ,
Moga kita tetap bersama meniti hari , 
Jatuh bangun sama dirasai , 
Teruskan perjuanganmu duhai Serikandi !! 
Walau darah menitis membasahi bumi ..


   

Jan 1, 2011

Kucing

 
  Dalam suatu peristiwa , tatkala seorang sahabat Nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengigau kerana kehilangan ibunya. . Beliau yang dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi berasa kasihan kepada anak kucing itu , lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau . Sesampainya di masjid , Baginda bertanya kepada Abdul Rahman, "apa dalam bajumu?" Ia menjawab "anak kucing yang kehilangan ibu , aku mengambilnya kerana kasihan padanya ."


  Lalu Baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing) . Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi beliau , malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut , kerana Nabi sendiri yang memberi gelaran itu . Selain itu juga , gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing .


  Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi , didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu .






  Disebabkan kucing ada orang dimasukkan ke dalam neraka , sebab kucing juga Nabi menggelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah.


Hukum Bulu Kucing 
  •   Menurut Mazhab Syafi'i dan Hanbali , bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis . Bukan setakat kucing , tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya , sama ada semasa hidup atau selepas mati . 
  •   Namun menurut Hanafi dan Maliki , ia adalah suci .


  Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing , monyet , musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup , maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati . Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai .
(Mughni al-Muhtaj , Kitab al-Taharah , Bab al-Najasah jil. 1, hlm. 115)


Hubungannya dengan SOLAT


  Menurut hukum syara' , syarat sah seseorang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian , tubuh badan dan tempat sembahyang .


  Oleh sebab itu , jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan , maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis . Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit seperti sehelai atau dua helai kerana ia dimaafkan . Melainkan bulu babi atau anjing kerana ia tetap najis walaupun sedikit .
(Al fiqh al- Islami wa Adillatuh , jil. 1 , hlm. 175)


p/s:copy paste dr buku solusi no.26