Nov 3, 2010

Manusia,Dosa & Maksiat

Dosa & maksiat adalah tabiat manusia & manusia tak lari dari dosa kecuali yang dimaksumkan oleh Allah swt di kalangan Nabi & RasulNya.

Jika seandainya kita tidak berdosa bagaimana Allah swt menampakkan kasih sayangNya kepada kita?
Jika seandainya kita tidak berdosa bagaimana Allah swt memberikan rahmat, keutamaanNya pada manusia?
Jika seandainya kita tidak berdosa bagaimana kita dapat merasai nikmatnya bermunajat kepada Allah?

Adam as, kedudukannya lebih baik setelah dia melakukan dosa dari sebelum melakukan dosa, kedudukannya lebih baik setelah berdosa daripada sebelum berdosa. 



Dalam konteks ini,,bukanlah bermaksud Allah menyuruh kamu buat dosa, lepas tu bertaubat. Buat dosa balik pastu taubat lagi..Bukan..Tetapi ayat ini menjelaskan bahawa Allah itu MAHA TAUBAT dan Allah suka pada orang yang bertaubat.

Ingatlah! Walau berat mana pon dosa kalian semua,kamu masih ada peluang lagi bertaubat selagi kamu masih hidup,sebelum terbitnya matahari dari tempat terbenam dan selagi perbuatan kamu tidak mensyirikkan Allah.Janganlah menganggap dosa kamu terlalu banyak,jadi ALLAH takkan ampunkan dosa2 kamu..Ingatlah Allah itu MAHA PEMURAH & MAHA PENYAYANG..Dan Allah suka pada orang yang bertaubat.



Semua orang boleh berubah..Janganlah kita tengok orang tu buat jahat,kita dah cop dia budak nakal,,kita taknak kawan dengan dia nanti terpengaruh..Pemikiran kamu sangat salah..Selama2nya salah..Janganlah kita benci org yg berbuat maksiat,TAPI BENCILAH PERBUATAN TERSEBUT.
Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan  bahawa Hafs bin HUmaid bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak:"Aku melihat sseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?"Ibn al-Mubarak menjawab:"Perasaan ini lebih berat daripada dosa orang itu"
Dalam hadis daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut"
(Riwayat at-Tarmizi)
Jelaslah di sini bhawa kita dilarang mmbenci pelaku mksiat..Kita tak boleh rasa lebih baik daripadanya,apalagi menghinanya sebab kita tak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya..Tak mustahil orang tu akan bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husnul khatimah.DAn tak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang kita lakukan tu,Nauzubillah....

Kan lebih baik kalau kamu mendekati orang-orang seperti itu..Kawan dengan dia dan ajak dia melakukan kebaikan..Dalam masa yang sama kamu boleh berdakwah dan melakukan amar makruf dan nahi mungkar..Percayalah,semua orang suka pada kebaikan kerana itu fitrah semula jadi manusia..Andai dia susah untuk mendengar kata-kata kamu,mungkin kerana egonya..Kamu perlukan masa untuk biarkan dia berubah secara perlahan-lahan,,kerana tiada orang yang boleh berubah secara
mendadak..
"Setiap anak adam itu melakukan dosa dan sebaik2 yang melakukan dosa itu adalah orang yang mahu bertaubat."
(Sabda Nabi saw daripada Anas b Malik, diHasankan oleh al-Albani)